Lemak

Fat

Pemahaman kita mengenai lemak sebelum ini merupakan lemak tepu merupakan lemak buruk dan lemak politaktepu merupakan lemak yang baik. Hari ini, kita meyedari bahawa isu ini tidak semudah yang disangkakan. Dengan lemak, ia berkaitan dengan keseimbangan—khususnya, keseimbangan dua jenis lemak tak tepu: omega-3 dan omega-6. Dalam jumlah yang kecil dan dengan keseimbangan yang tepat (pengambilan harian 250mg), lemak asid penting (EPA dan DHA) menyumbang kepada penyelenggaraan penglihatan normal dan fungsi otak normal.

Tubuh anda juga memerlukan sedikit lemak berfaedah untuk berfungsi secara biasa. Diet yang tipikal membekalkan lebih banyak jumlah lemak dan lemak tepu daripada yang diperlukan, dan tidak cukup lemak yang sihat, seperti lemak dari ikan, kacang, minyak zaitun dan avokado. Lemak adalah sumber kalori yang pekat, itulah sebabnya Falfasah Herbalife Nutrition mengesyorkan bahawa anda mengehadkan pengambilan lemak anda kepada kurang daripada 30% daripada pengambilan kalori harian anda.

Minyak ikan lazimnya dikaitkan dengan kesihatan otak. Sebab utamanya ialah ikan berlemak—seperti sardin, salmon dan trout—mempunyai tahap omega-3 yang tinggi. Ikan ternakan termasuk ikan tilapia dan sesetengah salmon mempunyai kedua-dua omega-3 dan omega-6 yang kurang bagus. Asid lemak rantai panjang omega-3 (EPA dan DHA) yang terdapat di dalam ikan adalah jenis lemak yang dihasilkan dengan cekap oleh tubuh dan kita perlu mendapatkannya daripada makanan. Selain itu, satu faedah asid lemak Omega-3 ialah ia membantu menyokong kesihatan jantung.