Polisi Privasi Global Dalam Talian Herbalife Nutrition

Dikemaskini: June 1, 2020


Polisi Privasi Herbalife Nutrition ("Polisi") adalah untuk Herbalife International of America, Inc. dan anak syarikat dan entity-entiti gabungannya di serata dunia yang berkaitan dan bergantung pada Polisi ini. Ia meliputi kesemua maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife melalui harta dalam taliannya dan aplikasi mudah alihnya ("Laman") di mana Polisi Privasi ini disiarkan. Ada sesetengah laman web Herbalife Nutrition yang menggabungkan notis privasi dalam talian yang spesifik daripada wilayah mereka, yang mungkin mengandungi maklumat dan pendedahan tambahan untuk menangani keperluan tempatan. Ia adalah termasuk maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife Nutrition melalui kaedah luar talian. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Polisi ini tidak dikenakan untuk koleksi Pengedar Bebas Herbalife ("Pengedar" atau "Pengedar Herbalife") atau penggunaan maklumat yang diperoleh oleh Pengedar secara langsung dari anda atau dari sumber selain Herbalife Nutrition, melainkan jika ia dikongsikan kemudian dan dikekalkan oleh Herbalife Nutrition.

Tujuan Polisi Privasi ini adalah untuk memaklumkan anda tentang jenis maklumat yang akan dikumpulkan oleh kami, bagaimana maklumat tersebut akan digunakan, dengan siapa maklumat tersebut boleh dikongsikan, pilihan anda berkaitan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat tersebut, kemampuan anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat tersebut dan prosedur keselamatan yang kami gunakan untuk melindungi maklumat ini.

1. Apakah maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife Nutrition?

Herbalife Nutrition mengehadkan pengumpulan maklumat peribadi kepada apa yang relevan dengan tujuan pengumpulan, iaitu sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami, dan kami sering mengumpul maklumat peribadi secara sah dan adil, selaras dengan bidang kuasa pengumpulan maklumat peribadi.


Maklumat yang Anda Berikan Secara Langsung kepada Kami

Dalam situasi-situasi tertentu, anda boleh memberi maklumat secara langsung kepada Herbalife Nutrition, iaitu nama depan dan belakang anda, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat kad kredit, maklumat perbankan, dan maklumat biografi (termasuk, tetapi tidak terhad pada tarikh kelahiran, dan status perkahwinan). Contohnya, anda boleh memberi kami maklumat semasa menggunakan Laman web atau ketika menjadi Pengedar Herbalife atau Ahli Pilihan Herbalife ("Ahli Pilihan"). Sekiranya anda tidak memberi maklumat yang dikehendaki kepada kami, dalam sesetengah kes tertentu, kami tidak dapat memberi anda perkhidmatan yang anda kehendaki.

Sekiranya anda mendedahkan sebarang maklumat mengenai individu yang lain kepada kami, terlebih dahulu anda dikehendaki mendapatkan persetujuan yang sewajarnya daripada individu tersebut kerana mendedahkan maklumat tersebut kepada kami.

Maklumat Tentang Peranti Anda dan Penggunaan Anda Di Laman Web

 

Kami mungkin akan mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik, seperti alamat protokol Internet (IP), jenis pelayar, pembekal perkhidmatan Internet (ISP), halaman rujukan / keluar, sistem operasi, setem tarikh / waktu, aktiviti Laman web anda (termasuk kandungan Laman web yang anda lihat, pergerakan tetikus, klik tetikus, ketukan, leret, dan maklumat yang anda lihat), dan / atau data klik strim bagi menganalisis trend, mentadbir Laman web, menambah baik fungsi dan kandungan Laman web, dan menguatkuasakan Terma kami. Kami menggunakan teknologi standard Internet, seperti kuki, suar web, ulangan sesi / tangkapan skrin, dan teknologi lain yang serupa untuk mengumpul maklumat ini, seperti yang dijelaskan di seksyen berkenaan kuki.

Kami juga mungkin akan mengumpulkan maklumat jitu tentang lokasi anda, seperti koordinat GPS peranti mudah alih anda, maklumat menara sel dan / atau isyarat WiFi. Herbalife Nutrition boleh mengguna maklumat ini untuk memperibadikan pengalaman anda berkaitan penggunaan Laman web, Kelab Nutrisi, atau produk dan perkhidmatan Herbalife Nutrition yang lain. Andainya anda tidak mahu Herbalife Nutrition mengumpul dan mengguna maklumat geolokasi spesifik anda, anda boleh melumpuhkan ciri lokasi pada peranti anda. Semak seting pengeluar peranti anda untuk mengetahui cara melakukannya.

Maklumat dari Sumber Pihak Ketiga

Kami mungkin akan menerima maklumat tambahan tentang anda dari sumber awam dan komersial serta pihak ketiga yang lain. Para pengedar juga mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan Herbalife Nutrition. Sekiranya anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga seperti Facebook, Google, atau Twitter melalui Laman web, untuk log masuk ke Laman web atau untuk berkongsi maklumat mengenai pengalaman anda di Laman web dengan orang lain, kami akan mengumpulkan maklumat dari perkhidmatan pihak-pihak ketiga ini. Seterusnya, kami akan menggabungkan kesemua maklumat yang dikumpulkan dan diterima tentang anda, iaitu dalam talian dan luar talian, dan menggunakannya atau mendedahkannya seperti mana yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.

Kami juga mungkin akan menerima maklumat peribadi berikut berkenaan diri anda dari para Pengedar kami, ia bergantung pada maklumat yang anda berikan kepada mereka seperti: nama, maklumat hubungan, maklumat pembayaran, dan maklumat kesejahteraan (termasuk tetapi tidak terhad pada ketinggian, berat badan, BMI).

2. Bagaimanakah Herbalife Nutrition mengguna Maklumat saya?

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan berkenaan diri anda untuk tujuan-tujuan yang berikut termasuk: menyediakan produk, perkhidmatan dan sokongan yang anda minta; memproses transaksi anda dan menghantar pesanan anda; berkomunikasi dengan anda tentang akaun atau transaksi anda, perubahan pada polisi kami dan hal-hal pentadbiran lain, atau pertanyaan dan komen anda; untuk memahami minat anda dengan lebih baik untuk  diberikan maklumat promosi, kandungan yang relevan, tinjauan, soal selidik, dan bahan lain; menambahbaik produk, perkhidmatan dan operasi kami; dan memastikan pematuhan terhadap dasar dan peraturan syarikat kami dan undang-undang, atau seperti mana kami perlu melindungi, menegakkan atau mempertahankan hak undang-undang, privasi, keselamatan atau harta benda kami dan orang lain. Kami juga akan menggunakan maklumat ini untuk menentusahkan penjualan oleh Pengedar Herbalife, untuk membantu Pengedar Herbalife mencari, berkomunikasi dan menentusahkan pelanggan yang berada dalam sistem kami, demi tujuan pematuhan Herbalife Nutrition. Herbalife Nutrition atau pihak ketiga yang dibenarkan boleh menghubungi anda secara langsung untuk tujuan ini dengan menggunakan pelbagai kaedah hubungan yang diterangkan di bawah.

Herbalife Nutrition juga boleh menggunakan maklumat ini untuk menyokong operasi Keahlian Pilihan, dan Pengedaran dan untuk mengekalkan fungsi Pelan Jualan & Pemasaran Herbalife yang sewajarnya. Contohnya, maklumat mengenai Ahli Pilihan boleh digunakan untuk menyokong, menghitung dan menjejak diskaun produk anda serta memberitahu anda tentang promosi khas yang diadakan. Maklumat mengenai Pengedar Herbalife boleh digunakan untuk menyokong, menghitung dan menjejak diskaun, pendapatan dan bonus, untuk membuat pembayaran kepada dan melaporkan pendapatan kepada pihak berkuasa pencukaian, untuk memberi latihan, dan untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan polisi, pelan dan perjanjian syarikat yang berkaitan termasuk Perjanjian Permohonan dan Pengedaran.

Kami mungkin akan menyimpan maklumat anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk: memberi anda perkhidmatan; memenuhi keperluan perniagaan lain yang sah, seperti mengekalkan fungsi Pelan Penjualan & Pemasaran yang sewajarnya; memenuhi kepatuhan dan tanggungjawab undang-undang kami; dan menyelesaikan pertikaian serta menguatkuasakan perjanjian kami, termasuk Perjanjian Pengedaran.

3. Dengan siapakah Herbalife Nutrition Berkongsi Maklumat saya?

Ahli-ahli Gabungan dan Rakan-rakan Kongsi

Kami mungkin akan berkongsi sebarang maklumat peribadi seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 1 dengan ahli-ahli gabungan kami (syarikat yang mengawal, yang dikawal oleh, atau di bawah kawalan bersama dengan Herbalife Nutrition) serta juga rakan-rakan kongsi terpilih. Antara contoh bagaimana entiti ini boleh menggunakan maklumat anda adalah seperti membuat ramalan tentang minat anda dan memberi anda tawaran, promosi, iklan, dan bahan-bahan lain yang istimewa.

Para penjual & Penyedia Perkhidmatan

Kami mungkin akan berkongsi sebarang maklumat peribadi seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 1 dengan penjual dan penyedia perkhidmatan yang mengendalikan fungsi bagi pihak kami. Antara contoh-contoh fungsi tersebut adalah seperti memenuhi pesanan, menghantar pakej, fungsi pentadbiran e-mel, memproses pembayaran melalui kad kredit, menyediakan perkhidmatan pelanggan, dan penyelidikan pasaran. Para penjual dan penyedia perkhidmatan mesti menguruskan maklumat peribadi anda menurut arahan Herbalife Nutrition dan dilarang daripada mengguna atau mendedah maklumat peribadi anda bagi tujuan yang lain.

Pengedar Bebas Herbalife

Sekiranya anda seorang Pengedar Herbalife, Ahli Pilihan, atau Pelanggan, kami akan berkongsi maklumat anda dengan Pengedar Herbalife yang lain, termasuk tanpa dihadkan sebagai sebahagian dari Laporan Salasilah yang mengandungi maklumat (seperti nama, maklumat hubungan, tahap atau pangkat, dan statistik volum dan penjualan) Pengedar dan Ahli Pilihan lain dalam baris bawahan Pengedar Herbalife. (Organisasi baris bawahan meliputi semua Pengedar dan Ahli Pilihan yang ditaja secara peribadi oleh Pengedar tertentu, dan seterusnya, kesemua orang lain yang ditaja oleh Pengedar kemudiannya.) Sehingga Laporan Salasilah tersebut mengandungi data dari mereka yang berada di luar Amerika Syarikat dan kami telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi data menurut undang-undang yang dikenakan. Laporan Salasilah  diberi kepada para Pengedar dengan penuh keyakinan dan untuk satu-satunya tujuan, iaitu untuk menyokong para Pengedar membangunkan lagi  perniagaan Herbalife Nutrition mereka, di samping menggunakannya dalam peralatan dan platform pemasaran.

Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan Pengedar untuk menawar dan memberi anda produk dan perkhidmatan, dan para Pengedar ini akan berkongsi maklumat anda seperti yang dijelaskan dalam polisi privasi mereka. Contohnya, sekiranya anda mengguna beberapa Laman web kami, seperti GoHerbalife.com dan Laman Cabaran Penurunan Berat Badan kami (herbalifewlc.com), kami akan berkongsi maklumat dengan satu atau lebih Pengedar yang melayani laman web tersebut. Begitu juga, sekiranya anda menyertai sebuah Kelab Nutrisi, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan mana-mana Pengedar yang mengendalikan Kelab-kelab Nutrisi. Kami juga akan berkongsi maklumat anda dengan para Pengedar supaya mereka boleh menawarkan pengalaman yang lebih berperibadi, seperti mengesyorkan produk dan perkhidmatan yang paling relevan kepada anda. Para pengedar Herbalife yang menerima maklumat anda akan terikat dengan terma Perjanjian Pengedaran dan perjanjian privasi dan perlindungan data yang terkandung di dalamnya. Ada di antara para Pengedar ini berada di negara yang tidak menawarkan tahap perlindungan privasi yang sama atau serupa dengan yang terdapat di negara anda.

Sekiranya anda mengendalikan sebuah Kelab Nutrisi, kami boleh berkongsi lokasi Kelab tersebut dengan Ahli Pilihan, Pelanggan, dan Pengedar Herbalife yang lain.

Pendedahan Sah & Pematuhan

Kami juga boleh mendedahkan maklumat anda: seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, iaitu mematuhi sepina, prosiding undang-undang, ataupun proses undang-undang yang serupa, termasuk pendedahan kepada juruaudit pihak ketiga yang dibenarkan; ataupun sekiranya kami secara jujur percaya bahawa pendedahan tersebut adalah penting untuk melindungi hak kami, melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain, untuk menyiasat atau mencegah penipuan, atau untuk memenuhi permintaan kerajaan.


Peralihan dalam Perniagaan

Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda sekiranya Herbalife Nutrition terlibat dalam suatu penggabungan, pemerolehan, atau penjualan atau pemindahan aset, ataupun sekiranya berlaku kemuflisan.

Pihak Lain dengan Persetujuan Anda

Selain perkongsian yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini, kami juga boleh berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga untuk tujuan-tujuan lain daripada yang dinyatakan kepada anda semasa kami mengumpulkan maklumat atau atas persetujuan atau arahan daripada anda.

4. Bagaimanakah Herbalife Nutrition Berkomunikasi dengan saya?

Herbalife Nutrition boleh berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, surat pos, telefon, pesanan teks, atau cara lain secara tetap untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang diminta dan/atau tentang isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan Herbalife anda (jika anda seorang Pengedar). Herbalife Nutrition akan berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, surat pos, telefon, pesanan teks, atau cara lain secara tetap (jika anda seorang Pelanggan) untuk menentusahkan penjualan pelanggan.

Di samping itu, anda akan menerima maklumat berkala tentang perniagaan, produk, perkhidmatan, tawaran istimewa Herbalife Nutrition, dan Yayasan Keluarga Herbalife melalui pelbagai kaedah komunikasi seperti yang diterangkan di atas. Pengedar dan Ahli Pilihan Herbalife boleh menguruskan komunikasi tertentu dalam pusat langganan MyHerbalife mereka. Selain itu, anda boleh menguruskan komunikasi-komunikasi seperti ini dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam komunikasi atau dengan menghubungi kami di 866-866-4744.

5. Adakah Maklumat Peribadi saya Selamat?

Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda yang dikumpul oleh kami adalah tepat, kena pada masanya dan selamat. Meskipun begitu, penghantaran data melalui Internet tidak boleh dijamin selamat 100% dan walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat mewajarkan atau menjamin keselamatan sepenuhnya.

6. Bagaimanakah boleh saya mengakses atau membetulkan maklumat saya?

Herbalife Nutrition menghormati pengawalan anda terhadap maklumat anda. Anda boleh mengunjungi satu atau lebih daripada Laman web kami untuk mengesah dan mengemas kini maklumat tertentu (contohnya, maklumat akaun Pengedar dan Ahli Pilihan tertentu di MyHerbalife). Kami juga boleh mengesahkan sama ada maklumat yang dikumpul daripada anda masih kami simpan atau sedang diproses atas permintaan anda.

Anda berhak untuk mengubah atau mengemas kinikan maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap, meminta penghapusan maklumat peribadi anda, atau meminta agar kami tidak menggunakannya sama sekali. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan Anda, umpamanya jika ia mengganggu dengan kewajipan kawal selia kami, mempengaruhi hal-hal di sisi undang-undang, kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau ia melibatkan kos atau usaha berkadar yang tak seimbang. Meskipun begitu, dalam keadaan apa jua pun, kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah dan memberi penjelasan kepada anda. Tempoh tindak balas tipikal kami untuk membalas permintaan ialah 30 hari. Untuk permintaan maklumat peribadi, sila hubungi kami dalam talian atau luar talian, melalui maklumat yang disediakan di bawah.

7. Pemindahan Antarabangsa.

Laman web ini adalah beribu pejabat di Amerika Syarikat. Sila ambil perhatian bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami atau yang kami peroleh daripada anda sebagai hasil penggunaan laman web akan dikumpulkan di negara anda dan seterusnya dipindahkan ke negara lain menurut undang-undang yang berkaitan. Dengan mengguna Laman web ini, ia menunjukkan bahawa anda bersetuju untuk memproses maklumat seperti mana  yang diterangkan dalam Polisi ini.

8. Maklumat Kanak-kanak.

Laman web ini adalah laman web awam dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah. Kami tidak akan dengan sengajanya mengumpul, mengguna atau menyebar maklumat peribadi kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah, melainkan jika ia dibenarkan di sisi undang-undang. Sekiranya anda percaya bahawa kami telah mengumpul maklumat peribadi anak anda di Laman web, sila hubungi kami di privacy@herbalife.com dan kami akan berusaha untuk menghapuskannya dari rekod kami, apabila dikehendaki oleh undang-undang.

9. Kuki dan Penjejakan.

Herbalife Nutrition dan pihak ketiga tertentu yang menyediakan kandungan dan fungsian lain di Laman web kami, menggunakan kuki, suar web, ulangan sesi / tangkapan skrin, dan teknologi lain yang serupa untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menganalisis tren, mentadbir laman web, menjejak pergerakan pengguna di Laman web dan untuk mengumpul maklumat demografi tentang pangkalan pengguna kami secara menyeluruh.

Kuki ialah kepingan kecil maklumat yang disimpan di dalam cakera keras komputer. Kuki membolehkan entiti yang meletakkan kuki dalam peranti anda untuk mengenalinya merentasi pelbagai laman web, perkhidmatan, peranti, dan sesi pelayaran. Contohnya, kami mungkin mengguna kuki untuk mengenali anda apabila anda kembali ke Laman web untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Kami akan membenarkan pihak ketiga untuk mengguna kuki di Laman web tetapi kami tidak dapat mengawal penggunaan atau kandungan kuki pihak ketiga. Pelayar web seringkali membenarkan anda mengkonfigurasi pelayar untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki, atau memberitahu anda apabila kuki dihantar. Sekiranya anda memilih untuk menolak kuki, sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat memanfaatkan ciri dan fungsi Laman web dengan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tantang kuki dan bagaimana untuk menguruskannya, sila lawati http://www.allaboutcookies.org/.

Suar web dan teknologi yang serupa adalah kepingan kecil kod yang tersemat di laman web, iklan, dan e-mel, untuk berkomunikasi dengan pihak ketiga. Kami menggunakan suar web, misalnya, untuk menghitung bilangan pengguna yang telah mengunjungi halaman web tertentu, untuk menghantar atau berkomunikasi dengan kuki, dan untuk memahami corak penggunaan. Kami juga akan memasukkan suar web dalam e-mel untuk memahami sama ada mesej telah dibuka, bertindak, atau dihantar ke hadapan.

Terdapat storan tempatan dan teknologi internet lain seperti Objek Perkongsian Setempat (juga disebut sebagai "Kuki Kilat"), storan tempatan HTML5 dan skrip benam, yang boleh beroperasi seumpama kuki seperti yang dibincangkan di atas. Sila ambil perhatian bahawa teknologi ini adalah berbeza dengan kuki, dan anda tidak akan boleh mengawalnya dengan menggunakan peralatan pelayar dan seting standard. Untuk maklumat tentang menguruskan kuki Kilat, sila klik www.adobe.com/privacy.html. Untuk maklumat lanjut tentang analitik Adobe dan untuk pilih keluar, sila klik www.adobe.com/privacy.html.

Kami akan mengguna teknologi suar Bluetooth untuk menambah baik pengalaman Nutrition Club. Peranti-peranti mudah alih yang telah mengaktifkan Bluetooth akan menerima isyarat apabila ia berada dalam jarak suar. Isyarat tidak akan diterima melainkan pengguna telah menghidupkan Bluetooth, memasang aplikasi mudah alih Herbalife Nutrition dan mengaktifkan pemberitahuan tolak. Fungsian suar membolehkan pemberitahuan, daftar masuk pelanggan, dan pembayaran. Anda boleh mematikan fungsian suar dalam seting  aplikasi.

10. Jangan Jejak.

Pelayar web mungkin membenarkan anda mengirim permintaan "Jangan Jejak". Pada masa ini, kami tidak mengambil tindakan untuk membalas isyarat Jangan Jejak kerana tidak terdapat standard industri semasa berkaitan dengan tindakan yang harus diambil oleh laman web sekiranya mereka menerima isyarat tersebut. Kami akan terus meninjau semula teknologi baharu dan akan mengamalkan standard sekiranya ada dan bila standard sedemikian disediakan.

11. Pengiklanan Dalam Talian.

Kami akan memaparkan iklan di laman web kami dan bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menguruskan iklan di laman web lain untuk produk dan perkhidmatan kami. Kami juga akan bekerjasama dengan pihak ketiga, yang termasuk rakan-rakan niaga, rangkaian syarikat pengiklanan, dan pembekal perkhidmatan iklan lain, yang telah mengumpul maklumat anda di Laman web kami dan laman-laman web lain untuk memberi anda pengiklanan di Laman web dan tempat lain dalam talian mengikut sejarah pelayaran anda dan ia akan disesuaikan menurut minat, pilihan, dan personaliti anda. Kuki atau teknologi lain yang serupa boleh digunakan untuk memberi anda iklan-iklan mengikut aktiviti-aktiviti dan minat pelayaran anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak-pihak ketiga ini, dan amalan maklumat pihak ketiga ini tidak akan dilindungi oleh Polisi ini.

Sesetengah pihak ketiga mengumpul maklumat tentang pengguna Laman web kami untuk menawarkan iklan mengikut minat di Laman web kami dan di tempat lain, termasuk pelayar dan peranti. Pihak ketiga ini akan mengguna maklumat yang dikumpulkan di Laman web kami untuk membuat ramalan tentang minat anda untuk memberi anda iklan (dari kami dan syarikat lain) di Internet. Ada beberapa pihak ketiga yang akan menyertai program pembangunan industri untuk memberi pengguna pilihan untuk menerima iklan yang disasarkan. Oleh kerana terdapat perbezaan di antara penggunaan aplikasi dan laman web pada peranti mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menyahaktifkan teknologi iklan yang disasarkan dalam aplikasi mudah alih. Banyak peranti mudah alih memberi anda pilihan untuk tidak mengikut iklan yang disasarkan untuk aplikasi mudah alih dengan menggunakan seting dalam aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih anda. Untuk maklumat selanjutnya, sila semak semula seting mudah alih anda. Anda juga boleh menyahpasang aplikasi kami melalui proses nyahpasang standard di peranti mudah alih atau pasaran aplikasi anda.

Untuk pilih keluar dari pengiklanan berdasarkan minat merentasi pelayar dan peranti dari syarikat yang menyertai program Perikatan Pengiklanan Digital (Digital Advertising Alliance) atau Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (Network Advertising Initiative), sila lawati laman web yang dikendalikan oleh Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (//www.networkadvertising.org/choices /) dan Digital Advertising Alliance (//www.aboutads.info/choices/). Anda juga boleh memilih untuk tidak mengikuti pengiklanan mengikut minat melalui seting dalam aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih anda, tetapi pilihan anda untuk keluar hanya akan dikenakan pada pelayar atau peranti yang anda gunakan ketika anda memilih untuk keluar, justeru anda seharusnya memilih untuk keluar dari setiap pelayar dan peranti anda sekiranya anda ingin melumpuhkan kesemua pautan dalam peranti untuk pengiklanan mengikut minat. Maklumat selanjutnya dalam bahasa tempatan boleh diperolehi di www.youronlinechoices.com/. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda mengguna pilihan keluar berasaskan industri untuk pengiklanan mengikut minat, anda akan terus menerima iklan generik dan pengalaman anda di Laman web kami mungkin akan merosot.

12. Forum Dalam Talian.

Laman web ini akan  menawarkan forum-forum komuniti yang boleh diakses oleh orang awam. Anda harus sedar bahawa segala maklumat yang anda berikan di bahagian ini adalah umum dan boleh dibaca, dikumpul, dan diguna oleh orang lain yang mengaksesnya. Untuk meminta penghapusan maklumat peribadi anda dari forum ini, sila hantarkan e-mel kepada kami di privacy@herbalife.com. Kami mungkin tidak dapat menghapus maklumat peribadi anda dalam kes-kes tertentu.

13. Pautan Pihak Ketiga.

Laman web akan mengandungi pautan ke laman-laman web yang dikendalikan dan diselenggarakan oleh pihak ketiga di mana kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atasnya. Sebarang maklumat yang anda berikan kepada laman web pihak ketiga akan dikawal di bawah syarat-syarat polisi privasi setiap laman web dan kami menggalakkan anda untuk meneliti polisi tersebut sebelum mendedah sebarang maklumat kepada operator laman web pihak ketiga. Kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan, tindakan atau polisi laman web pihak ketiga. Rangkuman pautan ke laman web pihak ketiga di Laman web kami sama sekali bukan suatu pengendorsan untuk kandungan, tindakan atau polisi laman web tersebut.

14. Kefungsian Pihak Ketiga.

Beberapa kefungsian di Laman web mungkin ditawarkan oleh pihak-pihak ketiga yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Herbalife. Entiti-entiti ini akan mengumpul atau menerima maklumat tertentu tentang penggunaan anda di Laman web, termasuk melalui penggunaan kuki, suar Web, dan teknologi yang serupa. Herbalife tidak bertanggungjawab ke atas amalan-amalan privasi entiti ini.

Sekiranya anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, Google, atau Twitter, melalui Laman web, untuk log masuk ke Laman web atau untuk berkongsi maklumat mengenai pengalaman Laman web anda dengan orang lain, perkhidmatan pihak ketiga ini boleh mengumpul maklumat anda, termasuk maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti anda di Laman web, dan mereka boleh memberitahu hubungan anda di perkhidmatan pihak ketiga tentang penggunaan Laman web anda, selaras dengan polisi privasi mereka.

15. Pengubahsuaian Polisi ini.

Polisi Privasi ini dikemas kinikan terakhir sekali pada tarikh yang disenaraikan pada awal Polisi ini. Herbalife Nutrition berhak untuk mengubah Polisi Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami bercadang untuk membuat apa-apa perubahan material, kami akan memaklumkan kepada  anda melalui pemberitahuan di halaman ini sebelum perubahan itu dijalankan. Penggunaan Laman web anda selanjutnya akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut. Pastikan anda menyemak Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda memahami versi terbarunya. Dengan mengguna Laman web berikutan pemberitahuan perubahan Polisi Privasi ini, anda bersetuju dengan segala perubahan yang dilakukan.

16. Sekiranya saya ada pertanyaan?

Herbalife Nutrition memandang serius terhadap kebimbangan privasi. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau komen, sila hubungi kami di: 800 West Olympic Blvd., Suite 406, Los Angeles, California 90015 (Attn: Privacy Dept.), privacy@herbalife.com, 866-866-4744.