Memahami Suplemen: Adakah Ia Selamat?

Pengarang : Dr. Kent Bradley
Vitamin C on wooden table.

Suplemen: Memenuhi Keperluan Nutrisi Anda
Nutrisi yang baik adalah kunci utama untuk mencapai kesihatan dan kehidupan yang baik. Dalam dunia yang ideal, kita semua akan mendapat nutrisi yang diperlukan ini sepenuhnya daripada diet kita. Namun, realitinya kita sering mengabaikan pengambilan makanan berkhasiat dan amalan gaya hidup sihat. Oleh itu, pengambilan diet sahaja mungkin tidak mencukupi untuk keperluan nutrisi anda. Di sinilah suplemen pemakanan boleh membantu mengisi ketidakcukupan nutrisi dalam badan.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat, suplemen ialah sebarang produk yang anda ambil sebagai tambahan kepada diet anda, termasuk vitamin, mineral, minyak ikan, suplemen herba dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, persoalan besarnya ialah – seberapa pentingkah keperluan ini?

Adakah Kita Betul-Betul Memerlukan Suplemen?
Kebanyakan populasi di dunia ini tidak mendapat jumlah makronutrien, mikronutrien dan fitonutrien yang betul dalam pengambilan makanan harian mereka. Dengan gaya hidup yang sentiasa sibuk, kita sentiasa tergesa-gesa ke janji temu seterusnya dan mengambil makanan dengan tergesa-gesa. Setiap orang pasti pernah mengalami situasi perut berkeroncong kelaparan, ini adalah tanda anda kekurangan kalori daripada makanan.

Walaupun otak kita dapat memberi amaran kepada kita tentang kelaparan dengan amat baik, ia masih tidak mampu memberitahu kita jika nutrien tertentu tidak mencukupi untuk fungsi badan yang optimum. Hanya kerana anda berasa kenyang tidak bermakna badan anda mendapat khasiat yang diperlukan!

Untuk membantu orang ramai memenuhi keperluan nutrisi mereka, pakar kesihatan mengesyorkan suplemen yang menawarkan manfaat berfungsi yang disasarkan kepada jenis gaya hidup yang berbeza. Sebagai contoh, mereka yang gemar berlari boleh mengambil suplemen untuk meningkatkan pengeluaran nitrik oksida badan yang menyokong peredaran darah dan prestasi. Sementara itu, mereka yang tidak mengambil cukup buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet mereka boleh memilih suplemen serat.

Memastikan Suplemen Selamat Untuk Anda
Negara-negara di seluruh dunia mempunyai Kementerian Kesihatan yang mengekalkan garis panduan untuk orang ramai memenuhi keperluan nutrien harian, seperti Pengambilan Nutrien yang Disyorkan (RNI) di Malaysia. Pengesyoran ini berbeza-beza mengikut faktor seperti umur, jantina dan peringkat kehidupan. Di samping itu, kaji selidik sentiasa dijalankan untuk mengetahui tahap pengambilan nutrien yang boleh diterima, memastikan jumlah suplemen tidak melebihi had yang selamat untuk pengguna.

Apabila memilih suplemen anda, anda disarankan untuk memilih jenama yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP). Ini ialah satu set piawaian pemprosesan yang melindungi identiti, ketulenan, kualiti, kekuatan dan komposisi suplemen melalui ujian. Kesemua ini memastikan bahawa suplemen makanan mengandungi apa yang ada dalam label dan bebas daripada bahan tercemar. Dengan ini anda tidak perlu risau untuk memulakan perjalanan ke arah kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.


Mulakan Perjalanan Kesihatan Yang Betul Dengan Suplemen
Memandangkan pengambilan nutrisi boleh menjadi kompleks dan unik untuk badan setiap individu, anda digalakkan untuk berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum memasukkan suplemen ke dalam diet anda. Luangkan masa untuk memahami jika anda memerlukan suplemen khusus untuk sebarang keadaan perubatan atau untuk meningkatkan kekurangan yang sedia ada. Sentiasa ingat untuk memaklumkan kepada pembekal penjagaan kesihatan anda tentang sebarang suplemen yang sedang anda ambil, supaya ia tidak menjejaskan sebarang ubat atau rawatan yang ditetapkan. Dan yang paling penting, baca dan ikut arahan penggunaan dan pengambilan yang disyorkan pada label produk.

Ingat, suplemen bukanlah penyelesaian penuh kepada keperluan nutrisi anda- anda perlu konsisten untuk mendapatkan manfaatnya. Suplemen bertujuan untuk menyokong diet anda, tetapi anda juga perlu memainkan peranan anda dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif.

Penafian:

Semua maklumat adalah bertujuan untuk pengetahuan am anda sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan atau rawatan untuk keadaan perubatan tertentu. Maklumat ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor perubatan peribadi anda.

Rujukan

·       https://iamherbalifenutrition.com/health-and-wellness/supplements/

·       https://iamherbalifenutrition.com/health-and-wellness/are-supplements-safe/