Protein 101

Pengarang : David Heber
Protein 101

Keperluan untuk semua orang

Protein ialah satu komponen penting dalam setiap sel dalam badan. Ia merupakan sebatian organik, yang terdiri daripada 22 asid amino, atau dikenali sebagai blok binaan hidup. Protein disimpan di dalam otot dan organ-organ dan tubuh badan menggunakannya untuk membina dan membaiki tisu, serta untuk pengeluaran enzim dan hormon. Protein juga membolehkan darah membawa oksigen ke seluruh badan. Bersama-sama dengan lemak dan karbohidrat, protein ialah "makronutrien," yang bermakna tubuh badan memerlukannya dalam jumlah yang agak besar. Institut Perubatan Akademi Sains Negara telah membuat kesimpulan bahawa keperluan protein harian kita seharusnya 10% hingga 35% daripada jumlah pengambilan kalori kita, dengan lelaki memerlukan lebih sedikit daripada wanita. Kekurangan protein boleh menyebabkan kehilangan jisim otot, mengurangkan imuniti, dan melemahkan sistem jantung dan pernafasan.

Bagaimana protein menjejaskan berat badan anda

Populariti meluas diet protein-tinggi adalah sebahagian besarnya disebabkan ia membantu menguruskan kelaparan. Apabila protein diserap, ia menghantar isyarat ke otak untuk mengurangkan rasa lapar anda. Satu lagi faedah protein ialah ia meningkatkan metabolisme rehat anda dengan mengekalkan jisim otot. Semakin umur kita meningkat, jisim otot berkurangan tanpa senaman, sentiasa cergas adalah kunci untuk membakar lemak dengan mengekalkan metabolisme anda tinggi. Protein juga mengurangkan naik turun dengan cepatnya gula dan insulin dalam darah, jadi anda mengelakkan "tahap gula tinggi dan rendah " selepas memakan gula-gula tanpa protein yang mencukupi. Makanan tertentu, bagaimanapun, menyediakan sumber protein yang lebih sihat daripada yang lain

Pertimbangkan sumbernya

Anda boleh mendapatkan sumber protein yang sihat tanpa tahap tinggi lemak tepu. Sebagai contoh, kacang soya, kacang dan bijirin menyediakan protein tanpa banyak lemak tepu dan menawarkan banyak serat dan mikronutrien yang sihat. Jika anda sedang mencari cara lain lagi yang hebat untuk mendapatkan protein yang sihat, sumber sayur-sayuran protein yang terdapat dalam Formula 1 Herbalife, berkualiti tinggi dan mempunyai tahap kalori yang lebih rendah dengan hampir tiada lemak ditambah. Produk Herbalife® memperibadikan pengambilan protein harian anda untuk dipadankan dengan keperluan badan anda. Dengan pelbagai shake dan makanan ringan, program ShapeWorks® membantu anda membina atau mengekalkan otot tanpa lemak sambil menyediakan sokongan pengurusan berat badan yang sihat. Sekarang anda telah meningkat pengetahuan anda protein, anda secara berkesannya boleh meningkatkan diet anda dan kesihatan dan membolehkan kesiahatan yang baik terbentuk.