Adakah Protein Shake Berfungsi? Pertambahan Otot dan Pengurusan Berat Badan

Pengarang : Herbalife Nutrition
Woman Holding Red Dumbbell Bm

Mengimbangi waktu bekerja 9-5 dan menjaga kesihatan anda adalah sangat sukar bagi kebanyakan orang. Sukar untuk kekal bermotivasi untuk makan dengan betul, bersenam dan mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Sememangnya sebagai manusia, kita cenderung kepada perkara yang paling mudah untuk kita capai matlamat kita. Di sinilah protein shake boleh membantu.

Dengan pelbagai perisa dan idea resepi untuk dipilih, protein shake sememangnya minuman yang mudah untuk diminum bagi mereka yang mempunyai gaya hidup aktif.

Beberapa sebab orang minum protein dan bukannya makan protein mereka adalah untuk mendapatkan otot, menguruskan berat badan dan pulih daripada kecederaan.

Walaupun banyak makanan mempunyai banyak protein di dalamnya seperti telur, daging, ayam, susu dan kekacang, protein shake dan serbuk semakin terkenal dengan sumber nutrien yang berkualiti tinggi dan boleh diakses.

Mari kita lihat mengapa protein shake benar-benar berkesan:

1. Protein shake, tambahan kepada diet anda

Sama ada bersumberkan haiwan atau tumbuhan, banyak jenis suplemen serbuk protein boleh didapati di pasaran. Yang paling digemari adalah serbuk berasaskan haiwan yang berasal dari susu iaitu whey dan kasein. Jika anda alah kepada susu, terdapat juga protein putih telur yang merupakan pilihan yang lebih sesuai.

Tidak dilupakan vegan, vegetarian dan orang yang tidak bertoleransi laktosa, protein berasaskan tumbuhan juga tersedia secara meluas dalam pilihan seperti soya, kacang, rami atau protein beras. Yang elit daripada semua ini ialah soya sebagai protein berasaskan tumbuhan berprestasi terbaik, mengandungi kesemua 9 asid amino penting dan mempunyai skor yang baik pada PDCAAS (skor asid amino diperbetulkan penghadaman protein).

Sebut sahaja pilihan anda di kedai yang menjual serbuk protein dan anda boleh dapati ada begitu banyak jenis serbuk protein untuk dipilih. Sebagai makanan tambahan yang sangat baik untuk melengkapkan atau meningkatkan diet harian, tidak hairanlah mengapa ramai yang tertarik kepada protein shake.

Jika anda menghadapi masa yang sukar untuk memenuhi pengambilan protein harian melalui makanan sahaja, sumber protein berkualiti tinggi yang terdapat di sekeliling anda akan berguna untuk melengkapkan kehidupan sihat anda.

 

2. Protein shake, faedah dalam membina otot

Pada mulanya, protein shake hanya dimakan oleh atlet dan peminat gim yang ingin membesarkan badan dengan meningkatkan jisim otot mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam sukan.

Tetapi kini, ramai yang mengikuti trend dalam mengambil protein shake untuk keperluan diet harian mereka juga.

Atlet dan peminat gim akan menggabungkan protein shake dengan latihan rintangan di gim atau di luar supaya ia boleh memberi manfaat kepada mereka dengan menggalakkan pertumbuhan otot dan meningkatkan prestasi fizikal atau pemulihan mereka. Bagaimana sebenarnya mereka membantu secara dalaman?

Oleh kerana protein shake menyediakan asid amino yang mudah diserap oleh badan, peningkatan paras asid amino dalam aliran darah akan mencetuskan tindak balas yang lebih ketara untuk sintesis otot.

Dengan latihan rintangan, ia merangsang sintesis protein otot sekali gus membantu tubuh seseorang untuk membina otot tersebut. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan bahawa protein shake boleh mengekalkan dan menggalakkan penambahan otot walaupun anda sedang mengikuti diet penurunan berat badan. Memang pilihan terbaik untuk semua!

Memberikan manfaat yang luar biasa, protein shake berkualiti tinggi mungkin perkara yang anda perlukan dalam membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda - sama ada untuk kehilangan lemak atau untuk mendapatkan otot.

3. Protein shake memberi manfaat dalam menguruskan berat badan

Setiap kali kita mendengar perkataan 'protein shake', serta-merta imej lelaki atau wanita bertubuh besar muncul di kepala kita. Tapi inilah rahsianya, protein shake juga boleh membuatkan anda menguruskan berat badan! Ya, betul tu.

Apabila digunakan untuk menggantikan hidangan, protein shake telah terbukti membantu penurunan berat badan kerana ia telah dibangunkan secara saintifik untuk menyediakan semua nutrien yang biasanya anda terima daripada hidangan biasa tetapi dengan kalori yang lebih rendah.

Anda boleh menggunakan pengganti berkesan lain untuk makanan yang tinggi kalori tetapi ia tidak memberikan anda nutrien yang betul. Protein shake mempunyai nutrien yang padat dan boleh membekalkan mikronutrien (vitamin dan mineral) dan makronutrien (protein, karbohidrat, lemak). Berbanding dengan sarapan pagi biasa yang memberikan kira-kira 550 kalori, protein shake mengurangkan lebih separuh daripada kalori tersebut.

Protein shake ini sangat praktikal, mudah diambil, menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk gaya hidup abad ke-21 kita yang sibuk. Anda boleh minum shake anda dalam perjalanan ke tempat kerja, di pejabat, di sekolah mahupun di rumah. Tiada suplemen lain yang boleh mengalahkan protein shake ini!

Berminat untuk memulakan perjalanan penurunan berat badan atau penambahan otot anda? Semak Produk Herbalife Nutrition: produk protein soya daripada kategori Nutrisi Utama, dan produk whey/casein daripada kategori Tenaga & Kecergasan.

 

Rujukan

1.       Viuniski M.D. N. What Are Protein Shakes and Do They Work for Weight Loss? [Internet]. Herbalife Nutrition. 2022 [cited 30 May 2022]. Available from: https://iamherbalifenutrition.com/our-products/your-questions-about-protein-shakes-answered/

2.       Do Protein Shakes Work? Muscle Gain and Weight Loss [Internet]. Healthline. 2022 [cited 30 May 2022]. Available from: https://www.healthline.com/nutrition/do-protein-shakes-work#muscle-gain

Penafian: Semua maklumat di atas adalah bertujuan untuk pengetahuan am anda sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan atau rawatan untuk keadaan perubatan tertentu. Maklumat ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat doctor peribadi anda.