Roman Wong and Eva Chang Headshot Ms

Roman Wong and Eva Chang

President’s Team 

Roman dan Eva adalah pemilik perniagaan tradisional dan sentiasa melawat negara-negara yang lain untuk mengendalikan perniagaan dalam industri fesyen. Walaupun perniagaan mereka berkembang maju, Eva sentiasa sibuk dan selalu kepenatan. Eva mencari produk pengurangan berat badan selepas melahirkan bayi pertamanya dan beliau diperkenalkan dengan Herbalife Nutrition secara tidak sengaja oleh abang iparnya dari Taiwan. Pada masa itu, Herbalife Nutrition baru sahaja membuka peluang perniagaan di Malaysia, dan mereka berdua dijemput untuk menghadiri upacara pembukaan di sana.

Selepas mendengar pelbagai testimoni produk dan pendapatan Herbalife Nutrition, Eva memulakan perjalanan penurunan berat badan dan hasilnya, beliau dapat mempengaruhi ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan para pelanggannya. Roman melihat peluang dalam perniagaan Herbalife Nutrition dan mereka mula membina asas pelanggan.

Selepas belajar daripada rakan-rakan di Taiwan, mereka berjaya membuka Kelab Nutrisi dan menggunakan kaedah ini sebagai DMO dalam perniagaan mereka. Kaedah ini telah memberikan mereka kejayaan demi kejayaan dan mereka dapat membina model perniagaan yang berterusan dari situ.