Maryam Izzati and Tuan M Norhafizuddin Headshot Ms

Maryam Izzati Binti Mohd Noor & Tuan M Norhafizzudin Nek We

President’s Team 

13 Tahun lalu, mereka telah menemui peluang perniagaan Herbalife Nutrition. Ketika itu, Maryam baru  berumur 19 tahun. Beliau mencari peluang perniagaan untuk membantu ibunya dari segi kewangan disamping menambah pendapatan untuk pembiayaan pelajaran serta membantu keluarganya.

Impian yang bermula dengan keinginan untuk mendapat RM1000 sebulan menjadi kenyataan selepas beliau menghadiri acara Herbalife Nutrition pertamanya dengan menjana RM2500 pada dua minggu pertama beliau memulakan perniagaan. Tanpa pengalaman perniagaan, Maryam hanya memiliki impian dan sebab ‘KENAPA’ yang kukuh untuk berjaya, iaitu seorang pelajar yang boleh memberikan kehidupan yang selesa kepada ibu dan keluarganya.

Selepas 2 tahun setengah memulakan perniagaan sendirian, Hafiz yang merupakan suami Maryam, pernah bekerja sebagai seorang jurutera awalnya ragu-ragu dengan perniagaan ini. Beliau akhirnya melihat peluang selepas menghadiri acara Herbalife Nutrition dan bercadang untuk melakukan perniagaan ini secara sepenuh masa bersama Maryam. Daripada seorang yang ragu-ragu, beliau menjadi seorang rakan kongsi yang sangat serius untuk membina perniagaan ini bersama.

“Alhamdulillah, selama 4 tahun menjalani perniagaan ini secara berterusan, kami berjaya menjadi ahli President’s Team. Kami sangat gembira dengan perniagaan ini kerana kami bangun pagi setiap hari dengan niat untuk membantu lebih ramai orang menjadi sihat dan menukar gaya hidup mereka. Selain itu, kami juga ingin membantu mereka menjana pendapatan dengan perniagaan Herbalife Nutrition. Untuk mencapai kejayaan bersama Herbalife Nutrition, anda tidak memerlukan modal yang besar dan tidak memerlukan latar belakang yang gah. Hanya perlu ada impian yang besar dan usaha yang berterusan tanpa mengenal makna putus asa. Inilah masanya untuk bermula dan bersama-sama mencapai kejayaan tanpa batasan. Terima kasih diucapkan kepada para Penaja kami, Mentor-mentor kami dan ahli keluarga Herbalife Nutrition yang sentiasa memberikan panduan dan sokongan dalam perjalanan kami sepanjang tahun ini.” Ayuh Capai Melepasi Jangkauan!