Amertat Cohn (bersama isteri di dalam gambar) telah menerbitkan dan mengarah filem dokumentari selama 20 tahun tetapi beliau tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Beliau yakin bahawa beliau mampu untuk memiliki lebih dari itu dan menyedarinya ketika beliau menemui Herbalife Nutrition melalui iklan akhbar di California. Dari situ, beliau berpeluang untuk bertemu dengan Penajanya, Ben Cole.
Tanpa mengetahui tentang produk nutrisi dan cara untuk mengembangkan perniagaan ini, Amertat mendedikasikan dirinya untuk menggunakan produk secara serius dan belajar daripada Ben serta ahli-ahli berpengalaman yang lain. Beliau menggunakan kaedah yang kebayakannya untuk mewujudkan tindakan dengan menjemput ramai orang menghadiri sesi persendirian atau pembentangan berkumpulan. Beliau meluangkan masa bersama setiap pelanggan secara peribadi untuk memastikan pelanggan tersebut mendapat hasil yang memuaskan dengan memperkenalkan mereka kepada produk dan peluang perniagaan Herbalife Nutrition.
Selepas beberapa tahun beliau bekerja keras tanpa henti, Amertat berjaya menjadi Ahli President’s Team dan merupakan ahli yang ke 8 di dunia. 15 tahun kemudian, beliau merupakan ahli Chairman’s Club. Kini, beliau menetap di Malaysia bersama Julia dan telah berjaya mewujudkan perniagaan antarabangsa yang tersebar ke seluruh dunia, dari California ke Eropah dan akhirnya ke Asia. Minatnya untuk melancong serasi dengan gaya perniagaan Herbalife Nutrition kerana perniagaan ini membolehkan beliau melakukan latihan dengan kerap di seluruh dunia, atau melancong bersama keluarganya seramai tujuh orang anak dan lima orang cucu. Dengan bangganya beliau mengatakan, “Herbalife Nutrition telah memberikan saya banyak peluang. Kini saya adalah salah seorang penduduk di dunia ini.”